Isnin, 22 Julai 2013

Tips-tips megelakkan selipar dicuri di masjid.

Assalamualaikum

[Raya tak lama lagi..hehehe]

Rasanya aku tidak boleh berdiam diri lagi...ramai yang telah menjadi mangsa kerakusan si pencuri selipar.MALAM ini aku menjadi mangsa kehilangan selipar rasanya di bulan yang mulia ini, pencuri selipar berleluasa pula. almaklumlah setan dan iblis udah kena rantai. tapi masih ada konconya yang bebas di luar sana.

Jika petugas banci penduduk melakukan bancian ke atas mangsa si pencuri selipar, aku yakin at least 85% manusia di bumi malaysia ini pernah kehilangan selipar mahupun kasut. Terutamanya, di masjid. Apalagi sekarang kita tengah berlumba-lumba untuk datang ke masjid untuk menunaikan ibadah solat terawih.

Ketika imam membaca surah Al-Fatihah, si pencuri membaca jenama selipar. ketika imam membaca surah kedua pula, si pencuri sudah dua batu meninggalkan masjid bersama selipar yang baru dicurinya. ah aku bosan!!!!!

Bagaimana untuk menghalang fenomena ini dari terus berleluasa? mari kita rungkai bersama yeah!



Tips number 1 : Jangan pakai selipar berjenama ke masjid

Selipar bejenama mampu menaikkan syahwat si pencuri. elakkan dari menggunakannya ke masjid. besides, for wut purpose are you wearing those fancy slippers? supaya hendak menayang? masjid bukan tempatnya. Adidas? Nike? Crocs? semua itu tidak valid disisiNya. cewah..

Sebaiknya pakai la selipar yg sama harganya dengan plastik selipar itu sendiri. selipar tiruan murahan pun boleh gak kot. tapi tu pun mungkin kena curi gak.

Tips number 2 : Pakai selipar yang sama dengan jemaah yang lain 
Apabila selipar anda kelihatan unik, ini mampu menari perhatian si pencuri kerana mungkin jenis selipar anda belum ada dalam koleksinya. pakailah selipar yang umum. contohnya, selipar jepun berwarna biru. sangat laku kat kampung saya.

Namun risiko yang harus anda tanggung, kebarangkalian selipar anta tertukar dengan jemaah lain adalah tinggi. kalau orang biasa takpe lah jugak. kalau dengan imam, kompem korang akan kena sindir time khutbah.
"Sejahteralah ke atas anak muda yang mengambil selipar tok semalam"


Tips number 3: Sembunyikan selipar anda

Sangat mudah, dan efisyen. pencuri tidak akan sebegitu bodoh mencari selipar yang disembunyikan di atas kubah mesjid (contoh je). kalau hilang gak aku tak tahu la..

Tips number 4: Letak selipar anda secara berasingan
COntohnya, selipar belah kiri, letak kat dalam tandas, selipar belah kanan pulak, korang masukkan dalam kain pelikat korang. kompem selamat!

Kalau hilang satu pun, korang masih ada satu selipar lagi. bolehlah melompat guna sebelah kaki balik ke rumah.



Tips number 5: Pakai selipar yang tidak tercapai dek akal untuk dicuri

Bagaimana? pinjamlah but getah ayah anda. pakailah high heels tertinggi yg ada dirumah anda. pasti pencuri berzikir bertaubat sebelum hendak mencuri.


Diharapkan tips yang sedikit dan sedikit merapu ini boleh membantu. Sebenarnya apa yang penting, keazaman kita untuk terus ke masjid walaupun setiap hari menjadi mangsa curi selipar. Lagi-lagi di bulan puasa ini, inilah masa yang sesuai untuk anda membuktikan kekebalan tapak kaki anda dengan berkaki ayam pulang ke rumah.


Hmm...stail tak cara camni? Tapi kalau dah buat macam ni tapi hilang jugak...korang semua boleh tiru macam tok imam ni....ahahahaha... =D


p/s: Jangan la curi selipar kat masjid...tak baik...berdosa...

"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [Al Hujuraat 18] 


Dan ingat, apabila selipar anda dicuri, jangan sesekali curi balik selipar org lain. coz when u do that, u are no better than the thief himself. Tata~~