Rabu, 18 Disember 2013

kenangan terindah kami bersama :)

Assalamuuaikum....

Baru ada kesempatan Udate Blog
hari ini mahu cerita pengalaman aku Dijambori Antarabangsa 100 tahun Pengakap Sabah/ Jambori pengakap Sabah kedua 2013... :) 
banyak kenangan yang aku laluai bersama-sama Sahabt-sahabat aku, antara suka dan duka, nagis dan tawa, setiap masalah dikongsi bersama.. 

Tambah kapsyen
Di Tempat Inilah tercipta lah sejarah yang boleh dibanga kan oleh Pihak Sekolah,Daerah mahupun Negeri Sabah..









Berikan Kami Kasih Sayang

Assalamualaikum! Syukur kepada Allah, dengan nikmat paling berharga iaitu iman, dan semoga kita dapat mempertahankan dan mempertingkatkan iman sehingga kita kembali bertemu Allah 
SWT, In sha Allah.  

Mari muhasabah bersama, setakat hari ini sebanyak mana kita telah memberi? Adakah kita lebih banyak memberi atau menerima? Memberi tidak terhad kepada bentuk wang ringgit dan harta benda, tetapi boleh juga dalam bentuk tenaga, fikiran, masa atau sekurang-kurangnya doa, senyuman dan memberi salam. Jika kita lebih banyak memberi, tahniah! Itulah petanda kita seorang yang ceria, kerana hanya orang ceria saja yang boleh memberi. 

 Setiap manusia mengharapkan kasih-sayang, kerana itu adalah fitrah manusia. Ibu bapa dan anak-anak, suami dan isteri bahkan antara pemimpin dan rakyat juga saling mengharapkan kasih-sayang. Walaupun kasih-sayang itu amat diharapkan manusia, ianya semakin hari semakin tandus. Kita boleh melihat bagaimana perang saudara terus berlaku, serangan oleh negara kaya ke atas negara miskin juga terus berlaku, neo-kolonisma (penjajahan bentuk baru) juga berlaku. Bahkan di depan mata kita juga, kita boleh melihat sendiri bagaimana institusi yang sepatutnya memberikan kasih-sayang semakin hari semakin rapuh. Siapa yang paling menyayangi, dialah yang paling banyak memberi. Sebab itulah, antara ibu dan anak, pastilah ibu yang lebih mengasihi. Tiada seorang ibu yang mengharapkan kematian kepada anaknya. 

 Allah juga memberi kita sesuatu yang berulang-ulang. Contohnya - ketika kita bercakap ini, berapa banyak proses yang berlaku dalam tubuh kita - pernafasan, penghadaman, perkumuhan dan sebagainya, semuanya diberikan berulang-ulang dan konsisten oleh Allah SWT. Dalam alam sekitar dan haiwan juga berlaku berjuta-juta proses yang Allah tidak pernah lalai atau mengantuk sekalipun untuk mengendalikannya. Semua alam ini juga diatur demi kepentingan manusia. Subhanallah. Jika kita perhatikan semuanya ini, malu kita dengan Allah dengan tingginya kasih sayang Allah.

  Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu menurut jejak langkah orang yang berjaya, dan siapa orang yang paling berjaya? Tentulah Rasulullah SAW. Oleh kerana baginda Rasulullah SAW banyak memberi, maka kita juga perlu banyak memberi. Termasuk dalam tugas kita sebagai khalifah juga adalah memberi kebaikan kepada diri dan alam sekeliling. Jika di rumah, kita beri kebaikan kepada keluarga. 

 Janganlah merasakan kita tidak ada untuk memberi. Selagi kita hidup di dunia, kita adalah orang yang berada(kaya) untuk memberi. Berilah dalam bentuk yang kita mampu sama ada harta, tenaga, senyuman ataupun setidak-tidaknya doa. Saya tutup dengan kata-kata Dr. 'Aid Al-Qarni dalam buku 'La Tahzan' iaitu: "Orang pertama yang mendapat manfaat daripada satu kebaikan adalah orang yang melakukannya". Sebagai tambahan, "Tangan yang menghulurkan bunga, pastilah tangan itu akan berbau harum". In sha Allah.