Sabtu, 15 September 2012

tapi kenapa cinta itu buta

~CINTA TAK BUTA~ 
Tapi perasaan cinta yang lahir,
Dari manusia itu sendiri yang buta, 
Cinta itu subjektif boleh suka sesiapa, 
Naluri kita yang kata sama ada,
Dia adalah untuk kita ataupun bukan,
Cinta adalah untuk semua, 
Anda berhak miliki cinta, 

Tapi, penggunaan cinta, 
Mestilah betul pada landasannya, 
Sedikit tergelincir, maka tersasarlah jalannya, 
Aku boleh katakan cinta itu amat istimewa, 
Kerana memberi 1000 erti yang bermakna,

Cinta yg Agung adalah cinta kepadaNYA,
Untuk apa di tangisi,
Pada yang telah pergi,
Untuk apa di sesali,
Pada yang tak pernah menghargai,

Sebuah cinta yang tulus suci.
Bangkitlah dari mimpi,
Usah mengemis sisa-sisa cinta itu,
Biarkan ia berlalu,
Tanpa penyesalan.

Biar bibit KENANGAN tersemadi,
Walaupun tiap saat ia datang menjengah,
Cinta itu tidak buta,
Yang buta hanya hati yang tak pandai menilai,
Mana kaca atau permata.